Hamzah Jamad

Blogger. Programmer. Technologist.

Cara Melihat Password Wifi Yang Tersimpan Di Dalam Windows, Android dan iOS.

 
 

     Artikel kali ini berkaitan dengan cara-cara untuk melihat kata laluan wifi yang tersimpan dalam laptop atau smartphone korang. Kadangkala kita terlupa kata laluan wifi yang sudah disimpan dalam smartphone atau laptop, dan kita malas untuk bertanya balik kepada pemilik wifi tersebut (di coffeeshop misalnya),  oleh itu, di sini aku ingin kongsikan cara untuk melihat kembali kata laluan tersebut.    

Sedikit epilog...

     Alkisahnya begini, suatu masa dahulu ketika era aku masih muda remaja, waktu tu aku bekerja sebagai pekerja rencam di suatu syarikat swasta (well, thug life.. lols) , dipendekkan cerita, syarikat tersebut mempunyai akses wifi, tetapi seorang pekerja cuma boleh memasang satu device bagi setiap orang (yup, kedekut. haha). Sesiapa yang ingin connect ke dalam wifi tersebut perlu menyerahkan device tersebut kepada IT department, dan dorang sendiri yang akan memasukkan kata laluan kedalam device tersebut. Well, i am a rebel, jadi itu tidak menjadi penghalang untuk aku menyambung devices ku yang lain, so, disini aku kongsikan cara bagaimana untuk melihat kata laluan yang tersimpan pada laptop atau smartphone korang

Windows (Windows 7, 8, 8.x , 10)
  • Tekan key Windows dan key R, taip ncpa.cpl kemudian tekan Enter.
  • right click pada wireless network adapter dan pilih status.
  • klik pada butang Wireless Properties
  • di situ (ruangan Properties), lihat pada tab Security
  • klik pada Show Character , dan password wifi akan kelihatan


Android (perlu root)
  • Muatturun dan gunakan aplikasi ES File Manager (atau aplikasi yang mempunyai fungsi yang sama) 
  • masuk ke dalam direktori data/misc/wifi (ianya tidak akan kelihatan pada Android yang tidak di root)
  • buka fail wpa_supplicant.conf, di situ akan kelihatan senarai wifi yang tersimpan lengkap dengan kata laluan


iOS (perlu jailbreak)
  • muatturun dan gunakan aplikasi Wifi Passwords dari Cydia
  • mulakan aplikasi tersebut, dan senarai wifi yang tersimpan beserta kata laluan akan kelihatan

Nota penulis

Semoga perkongsian ringkas ini dapat memberikan manfaat kepada korang, feel free to bookmark it untuk rujukan pada lain masa. Peace.