Hamzah Jamad

Blogger. Programmer. Technologist.

Kenali Li-Fi, teknologi yang 100 kali lebih pantas berbanding Wi-Fi


   Li-Fi ialah teknologi tanpa wayar yang boleh digunakan untuk meghantar data pada kelajuan tinggi dengan menggunakan Komunikasi Cahaya Tampak (Visible Light Communication - VLC) . Teknologi ini menggunakan cahaya seperti lampu flourescent untuk menyampaikan maklumat pada kelajuan yang sangat pantas. Pada awal tahun ini, para saintis telah berjaya menggunakannya pada kelajuan 224 gigabit per saat di dalam makmal.

    Sebuah syarikat di Estonian yang dikenali sebagai Velmenni, mula menawarkan khidmat untuk memasang teknologi ini untuk kegunaan komersial. Syarikat ini menggunakan Li-Fi untuk menghantar data pada kelajuan 1Gbps - bersamaan 100 kali lebih pantas berbanding teknologi Wi-Fi pada masa kini. Sekiranya disamakan dalam situasi sebenar sekarang, filem berdefinisi tinggi (High Definition  - HD) boleh dimuatturun dalam masa hanya beberapa saat sahaja.

Li-Fi menggunakan cahaya lampu untuk menghantar data pada kelajuan 100 kali lebih pantas berbanding Wi-Fi
    "Kami sedang menjalankan beberapa projek perintis dalam industri berlainan, yang mana kami boleh mengaplikasikan penggunaan Komunikasi Cahaya Tampak (VLC)", Deepak Solanki, CEO Syarikat Velmenni memberitahu media IBTimes UK.

    "Buat masa sekarang, kami telah membuat rekabentuk penyelesaian pencahayaan pintar bagi persekitaran industri dengan menggunakan cahaya. Kami juga sedang membuat projek perintis dengan beberapa pelanggan persendirian untuk memasang teknologi Li-Fi bagi mengakses internet di pejabat mereka".

   Pada tahun 2011, Li-Fi telah dicipta oleh Harald Haas, seorang professor dalam bidang komunikasi mudah alih di Universiti of Edinburgh, Scotland. Beliau menunjukkan bahawa dia mampu menghantar lebih banyak data dengan menggunakan satu LED. Merujuk kepada kajian Haas, Li-Fi mampu mencapai ketumpatan data sehingga 1,000 lebih banyak berbanding Wi-Fi kerana signal Li-Fi tertumpu pada kawasan yang lebih kecil berbanding signal radio.

Harald Haas, antara peneraju terawal teknologi Li-Fi

    Teknologi ini menggunakan VLC, medium yang menggunakan cahaya tampak pada kadar lingkungan 400 dan 800 terahertz (THz). Secara asasnya, ianya menggunakan kelipan LED dengan kelajuan yang sangat pantas dan tidak mampu dilihat dengan mata kasar, untuk menghantar dan menulis maklumat dalam bentuk kod Binari.



    Selain lebih laju berbanding Wi-Fi, ianya juga dapat meningkatkan keselamatan dan privasi pengguna. Hal ini kerana, data yang dihantar pada kelajuan tinggi dengan menggunakan VLC tidak mampu melepasi dinding, oleh itu data tersebut tidak dapat dipintas dari kawasan atau bilik yang berlainan.

    Li-Fi mungkin tidak akan menggantikan Wi-Fi dalam dekad ini, tetapi kedua-dua teknologi ini mampu menjadikan rangkaian yang digunakan lebih efisien dan lebih selamat - Anthony Curthbetson, wartawan teknologi  IBTimes UK.



Nota penulis,

    Kalau ada benda ni nanti, dah tak perlu risau kalau-kalau ada orang yang ingin "menumpang tanpa izin" internet di rumah nanti. Haha. Mungkin jugak kadar insomnia akan meningkat, sebab silau tak dapat off lampu. Lols.