Hamzah Jamad

Blogger. Programmer. Technologist.

10 Laman Web Yang Pelik di Internet


  World Wide Web (semua laman web yang ada di internet) merupakan medium yang sangat seronok untuk dijelajah selain daripada memudahkan masyarakat untuk mencari serta berkongsi ilmu. Teknologi yang dicipta bermula pada tahun 1989 ini merupakan suatu revolusi dan banyak membantu  kita untuk mendekatkan lagi jurang komunikasi. Akan tetapi, tahukah anda terdapat juga laman-laman web yang pelik di internet? daripada laman web yang mengandungi himpunan rekod MP3 kapal terbang terhempas sehinggalah ke laman web yang membolehkan anda meminta orang asing untuk menilai najis anda, di sini aku kumpulkan 10 laman web yang pelik di internet.

  1. Rakaman suara kapal terbang terhempas
    • laman web ini sangat menakutkan, dan tidak disarankan kepada anda yang tidak mempunyai perut yang kuat untuk mendengar saat-saat terakhir kejadian kapal terbang terhempas
    • laman web ini mengandungi transkrip dan rakaman MP3 , kedua-duanya jelas menunjukkan keadaan panik dan takut yang dihadapi penumpang pada saat-saat akhir mereka
    • sangat tidak seronok didengar
    • http://www.planecrashinfo.com/lastwords.htm


  2. Kecantikan terhuyung-hayang
    • laman web yang sangat simple yang cuma hanya ada satu benda sahaja, lukisan hitam yang kelihatan seperti cacing - tiada bunyi, tiada perkataan cuma sepasang titik noktah berwarna putih yang berkelip-kelip
    • tetapi selepas mengerak-gerakkan cursor, laman tersebut tiba-tiba berubah, bunyi bising keluar, latar belakang seperti menggila dan warnanya bertukar-tukar, dan cacing tersebut kelihatan seperti marah
    • JANGAN MASUK sekiranya anda penghidap epilepsi (sawan) , kerana laman ini dengan mudah mampu mengaktifkannya
    • http://www.staggeringbeauty.com/


  3. Hantu Dong (hantu Korea)
    • cerita komik hantu Korea yang diposkan di naver.com dan diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris
    • ceritanya mengenai seorang budak perempuan yang berjalan dan menemui seorang wanita berbaju merah jambu, tetapi dengan keadaan badan yang bengkok dan patah mencari-cari di mana bayinya berada
    • tetapi ini tidak seperti cerita komik biasa, oleh itu jika anda merancang untuk membacanya, pastikan anda memahami amaran yang dikeluarkan pada bahagian awal komik tersebut
    • http://comic.naver.com/webtoon/detail.nhn?titleId=350217&no=31&weekday=tue/


  4. Permainan Pagar Sesat
    • laman web ini agak popular, tapi sekiranya anda belum pernah cuba bermain permainan ini, pastikan seseorang merakam muka anda ketika anda mencubanya, hehe
    • asas permainan cuma memerlukan anda untuk menggerakkan cursor tanpa perlu menyentuh 'dinding' , sehingga berjaya ke level seterusnya
    • sekiranya anda tidak berjaya dapat hadiah seperti gambar arnab comel, anda perlu kuatkan volume suaranya
    • http://scary-mazegame.net/scary-maze-game-original/


  5. ratemypoo.com
    • yup, laman web yang membolehkan anda memberi penilaian terhadap najis tidak kiralah najis anda, haiwan anda or ianya kelihatan seperti najis
    • ada juga yang meletakkan najis di dalam kotak valentine untuk menjadikannya kelihatan lebih romantik, yup, laman web yang penuh dengan kekotoran, haha yuck
    • http://www.ratemypoo.com/


  6. Terjunan di Jambatan Skyway
    • laman web ini didedikasikan khas untuk melaporkan berapa ramai orang yang membunuh diri di Jambatan Skway yang terletak di pantai barat Florida
    • buat masa ini, jambatan ini merupakan jambatan ke-empat yang aktif dengan insiden bunuh diri di Amerika Syarikat dan pada tahun ini sahaja, berlaku 5 insiden bunuh diri dan 16 percubaan gagal
    • pada bulan lalu sahaja, terdapat satu lagi percubaan namun berjaya diselamatkan - laman web ni membuatkan kita tertanya-tanya, kenapa ada orang yang sanggup bekerja keras untuk membuat laman web sebegini
    • http://www.skywaybridge.com/home.htm


  7. Creepypasta
    • laman web ini mengandungi himpunan cerita-cerita seram yang berlaku di serata dunia, cerita Slenderman, katrij game berhantu, semuanya terkumpul disini
    • sekiranya anda merancang untuk membaca cerita-cerita tersebut disini, aku cadangkan anda pasang lilin untuk menyerlahkan lagi unsur keseraman. haha
    • http://www.creepypasta.com/


  8. Hukuman Mati
    • laman ini lebih kurang dengan laman web mengenai rakaman kapal terbang terhempas, tetapi ianya mengumpulkan tulisan terakhir banduan penjara yang dikenakan hukuman mati
    • mungkin kurang menakutkan, tetapi membaca hasil tulisan orang-orang yang hampir dengan penamat hidup dorang membuatkan aku rasa seram sejuk
    • http://www.tdcj.state.tx.us/death_row/dr_executed_offenders.html


  9. zombo.com
    • laman web pelik ini di cipta sebagai parodi bagi mengejek laman web yang mengandungi loading yang lama (pfft, aku terasa pulak. haha)
    • laman web ini hanya menunjukkan ikon loading dan memberikan ilusi seolah-olah laman tersebut sedang load sesuatu
    • laman web ini sangat direkomenkan kepada anda yang mempunyai waktu lapang yang banyak
    • http://zombo.com/


  10. the deep web
    • antara yang paling ngeri dan menakutkan berbanding kesemua laman web yang ada di atas , the deep web bukanlah satu laman web tunggal sahaja tetapi ianya terdiri daripada laman-laman web yang tidak boleh di akses menggunakan enjin carian biasa kita gunakan, seperti google dan yahoo
    • memerlukan router khas dan browser khas untuk masuk ke dalam deep web yang di kenali sebagai TOR (The Onion Router)
    • mengandungi laman-laman web yang berunsurkan pornografi berat, pornografi kanak-kanak, penjualan dadah, pengedaran senjata, jualbeli kad pengenalan palsu dan banyak lagi kandungan yang disekat
    • sangat berbahaya dan tidak disarankan untuk masuk ke dalam



Ulasan penulis

      Sebenarnya senarai ini lebih besar, bukan setakat 10 sahaja, tetapi untuk kali ni cukuplah itu sahaja aku kongsi. Pening kepala baca benda-benda pelik ni, haha. Akhir kata, gunakanlah internet untuk kebaikan bersama, jangan gunakannya untuk keganasan. Peace.