Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca yang dihormati, semoga hari korang sentiasa dalam keberkatan. Semoga yang sakit akan sihat, dan yang sihat pula akan dapat kegembiraan. Lols, Tak tau mo buat mukaddimah yang sesuai. Haha. Baiklah, straight to the point, untuk post kali ni, aku akan membincangkan topik rekabentuk responsif pada blog yang rata-rata bloggers Malaysia masih kurang ambil perhatian.
Apa itu rekabentuk responsif? Rekabentuk responsif ialah suatu terma yang digunakan bagi merujuk kepada rekabentuk sesuatu laman sesawang yang mampu beradaptasi kepada apa jenis saiz skrin, sama ada besar, sederhana ataupun kecil. Teknik ini mampu menjimatkan masa pereka laman sesawang serta pada masa yang sama memudahkan pengunjung laman sesawang untuk membaca isi pada laman tersebut.
 |
| Satu design yang mampu beradaptasi kepada beberapa saiz skrin. |
Oleh itu, secara ringkasnya, teknik ini adalah mengenai memudahkan pengunjung laman sesawang terutama pengunjung yang menggunakan telefon pintar untuk membuka dan membaca laman sesawang korang ( yang mana mengikut
kajian, di Malaysia sahaja secara kasar ada 8 juta pengguna telefon pintar ). Serta mengikut
kajian yang lain, penggunaan telefon pintar di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding komputer pada paras 51% berbanding 39%.
 |
| yang ni pula menunjukkan carta pai yang aku sudah makan. |
Akan tetapi, bagi korang yang menggunakan Blogger sebagai medium berblogging teknik yang digunakan agak berlainan sedikit. Ianya memerlukan lebih usaha dan kuasa otak yang agak banyak untuk diaplikasikan pada blog korang. Lols.
Just kidding , sebenarnya korang hanya perlu navigasi ke "Template" kemudian aktifkan fungsi "Mobile Template" dan selesai, kini blog korang lebih mudah di navigasi pada smartphone.
 |
| Masuk ke ruangan Template dan klik pada ikon gear. |
 |
| Pilih option, "Yes. Show a mobile version of your current template". |
Design untuk mobile adalah lebih ringkas bagi menjimatkan quota serta masa untuk load. Mungkin pada post yang lain, aku akan berkongsi cara-cara untuk customize mobile design dan membuatkan blog korang lebih menarik dan unik.
Out of topic.
Baru-baru ni aku sudah memperbaiki rekabentuk dan membuat penjenamaan semula untuk blog lamaku. Url blog telah diganti daripada hazzdeath.blogspot.com menjadi
budakgeek.blogspot.com . Selain itu, aku jugak telah menambah satu fungsi baru pada blogku, iaitu sekiranya korang pengguna telefon pintar Android, korang sudah boleh "memasang" blogku di homescreen korang. Hanya perlu sentuh simbol 3 dotted pada penjuru browser korang dan tap pada "add to homescreen", itu sahaja.
 |
Pada browser korang, tekan pada ikon dotted tu,
dan tekan "Add to homescreen" |
 |
| Done! ikon hijau pakai glasses hijau tu blog aku. |
Next blogpost nanti, aku akan kongsikan cara-cara membuat blog korang menjadi "aplikasi" yang boleh di pasang pada homescreen telefon pintar android pula. Chow!
Nice hazz. Part aku paling suka yg part kau tukar icon bookmark jadi mcm apps. Buatkan aku icon apps. :3 makasih.
BalasPadamHehe.. Orait.. Nnti la aku buatkan.. Hehe.. :3
PadamWelcome back bro! Nice sharing for me since aku dah lama tak kelebet phone so tak taw pun boleh buat camtu. Hee. Btw sedap tak pie tu? :D
BalasPadamHaha.. Xpa.. Actualy lama da feature ni da ada, cuma xbrapa di komersilkan.. Hehe.. Yup pie tu sedap.. Lols
PadamI Like it salam ukhuwah dari INDONESIA.
BalasPadamnda best ba klu on9 blog di hp..nda puas. hihi..
BalasPadamwahh..magic oo yg kita add di homescreen itu. good idea..
terima kasih kebab share info situ :)