Hamzah Jamad

Blogger. Programmer. Technologist.

Kekangan Sistem vs Bakat Diri

    Sejak akhir-akhir ini, (sebenarnya dalam beberapa bulan, atau tahun?)  aku dah semakin jarang menulis entri. Idea sepi, hilang dari minda, tidak lagi mekar seperti dulu,  sunyi daripada cetusan-cetusan buah fikiran kreatif. Ahaa..yup, ayat merepek. Sedikit kata-kata merapu sebagai pembuka kata, cukup sekadar menjadi penyeri untuk perenggan pertama. lol, penyeri la sangat.


   Okey, abaikan perenggan tu, entri kali ni aku cuma mau menyampaikan pendapat mengenai *sila rujuk tajuk entri ini* . Sistem yang aku maksudkan ialah sistem yang manusia cipta seperti sistem pembelajaran, sistem kerja, sistem demokrasi dan yang sewaktu dengannya. Sistem yang dibina dengan baik namun sebenarnya tidaklah efektif seperti yang dijangkakan dan kadangkala mengekang potensi sebenar seseorang.

  Entri kali ini juga berkait rapat dengan seorang member, yang terpaksa hidup menjalani sistem pembelajaran yang diatur untuknya. Terpaksa mengambil kursus yang bukan minatnya walhal, member tersebut merupakan seorang kawan yang agak kreatif, serta mempunyai banyak potensi untuk berjaya sebenarnya. Akan tetapi kerana bidang yang diberikan adalah tersasar daripada minatnya, so fokusnya teralih, atau lebih tepat lagi hilang. Hal ini membuatkan member tu belajar hanya untuk sekeping sijil, and just live for the system, and die by the system.

  Namun, yang mana satu sebenarnya yang menjadi kekangan kepada kejayaan seseorang? adakah sistem yang terpaksa kita turuti, ataupun bakat diri yang kurang yang membuatkan kita diri kita kurang berjaya? Apapun jawapannya, aku tidak kisah, kerana bukan itu fokus utama untuk mencapai sesuatu kejayaan, kerana bagiku untuk berjaya hanyalah perlukan dorongan dan semangat yang kuat, tanpa perlu mengira kekangan pada sistem ataupun pada bakat diri.


  Mungkin entri ini agak naif sikit, sebab aku pun masih pada tahap permulaan, seorang yang masih berusaha untuk mengatasi kekangan sistem yang manusia cipta. Namun, aku tidak akan biarkan apa-apa halangan membuatkan aku berhenti daripada menggunakan potensi diri sepenuhnya. InsyaAllah, aku akan cuba sebaik mungkin mencipta penamat yang sempurna.

 Video dibawah sekadar hiburan jak, video seorang penghibur jalanan yang aku dapat daripada website 9gag, well at least he proves that you dont even need drums to be a great drummer.




Agak lama tidak menaip panjang, so faham-faham la kalau ada benda yang macam jauh dari logik akal.. apa apa pun, feel free to drop the comment(s) below.