Hamzah Jamad

Blogger. Programmer. Technologist.

[Psiko Test] - Mari Uji Dari Mana Datangnya Tekanan Anda

  Agak lama jugak blog ini tidak terisi kerana kekurangan idea dan masa, tapi atas dasar simpati terhadap blog sendiri, aku tergerak hati untuk membuat entri. Kali ini aku akan berkongsi pasal tekanan, hehe, semua orang akan mengalami tekanan, tapi pernah terfikir dari mana datangnya tekanan itu? Let's try soalan di bawah ni.. dah siap pilih jawapan tu, kongsi la kat ruangan komen kalau mau.. :)


Soalan : Benda apa yang anda kena sentiasa bawa, kalau tidak anda anda pasti rasa kurang selamat dan seolah-olah ada kekurangan ?
Jam tangan
Telefon bimbit
Pemacu USB
Tisu

Jam Tangan

Tekanan datang dari diri sendiri. Anda suka membuat perbandingan dengan kawan-kawan anda ataupun menginginkan sesuatu kebendaan yang sukar untuk diperolehi. Oleh yang demikian, anda sangat serius tak kira dalam pembelajaran, percintaan ataupun dalam kehidupan. Ini yang membuat anda kepenatan.


Telefon Bimbit

Tekanan anda datang daripada kawan. Disebabkan anda seorang yang memntingkan persahabatan maka anda tidak dapat menolak permintaan ataupun bantuan kawan anda. Anda bukan sahaja mengorbankan masa malah wang ringgit anda untuk kawan. Disebabkan anda terlalu mementingkan kawan, anda telah mengabaikan kekasih dan juga ahli keluarga.


Pemacu USB

Tekanan anda datang dari pembelajaran ataupun kerjaya. Anda ialah seorang yang ego dan sangat menumpu perhatian terhadap apa yang anda lakukan. Oleh yang demikian. guru-guru atau majikan sangat menaruh harapan kepada anda. Hal ini juga membuatkan anda berasa tertekan.


Tisu

Tekanan anda berasal daripada keluarga anda. Anda seorang yang mengejar kesempurnaan. Anda sangat bergantung kepada keluarga dan sangat berharap keluarga akan memberikan anda tenaga. Tapi sebaliknya, keluarga telah memberikan tekanan terhadap anda.


[ Psiko Test ] ini aku telah salin semula daripada sebuah majalah komik. Kredit kepada majalah Kreko isu 02-2014 edisi 11 Januari.