Hamzah Jamad

Blogger. Programmer. Technologist.

Cara membuat LiveUSB berasaskan OS Linux


   Pertama-tama, agak lama jugak aku tidak menulis dalam blog ni, macam dah agak usang rasanya dengan isi yang tidak berupdate.. jadi untuk mengelakkan habuk menjadi tebal sehingga susah mo dibersihkan, jadi rasanya mungkin aku patut menulis sedikit. Kali nie aku akan berkongsi tutorial mudah mengenai cara-cara membuat LiveUSB berasaskan Sistem Operasi Linux.


   Apa itu LiveUSB? Secara ringkasnya, LiveUSB ialah thumbdrive yang mengandungi Sistem Operasi ( OS ) dalamnya, dan boleh digunakan secara terus (live) tanpa perlu memasang ke dalam laptop ataupun komputer persendirian korang. Namun begitu, pilihan untuk memasang ke dalam laptop atau komputer korang tetap diberikan sekiranya korang rasa selesa untuk memakai OS tersebut. LiveUSB merupakan alternatif yang sesuai bagi mereka yang malas untuk burn dan membeli CD kosong.

  Sebelum kita bermula, ada beberapa benda yang kita perlu sediakan. Korang boleh menelitinya di bawah.

Keperluan
  1. LinuxLive USB Creator [ halaman utama / muatturun ]
  2. thumbdrive/pendrive (sebaik-baiknya dalam 1GB ke atas)
  3. Sistem Operasi berasaskan Linux (file jenis .iso)
    {sila pilih salah satu}

Selepas menyediakan ketiga-tiga benda tersebut, kita bolehlah bermula.

Cara-cara
  1. Install LinuxLive USB Creator yang telah di download tadi.
  2.  
  3. Pasang thumbdrive/pendrive korang tu.
    PERINGATAN: pindahkan kesemua data ke dalam laptop/pc korang terlebih dahulu dan format thumbdrive tersebut kepada format FAT32.
  4. Mulakan LinuxLive USB Creator yang telah pun kita install sebentar tadi. Korang akan dapat lihat macam pic di bawah.
    Setiap section dibahagikan kepada beberapa step. p/s: background tu wa cilok dari komik lawak kampus :P
  5. Pada Step 1 dalam software tersebut, sila pilih thumbdrive/pendrive yang telah pun kita format sebentar tadi. Lampu isyarat hijau akan bertanda, menandakan thumbdrive/pendrive kita good to go untuk proses seterusnya.
  6.  
  7. Pada Step 2 dalam software tersebut, terdapat 3 pilihan, oleh sebab kita telah pun memiliki file jenis .iso (yang telah pun kita download tadi), maka kita akan memilih option " ISO / IMG / ZIP"
  8.  
  9. Pada Step 3 dalam software tersebut, tunggu sehingga ianya selesai memeriksa file iso tadi.
  10.  
  11. Pada Step 4: Option, sila tanda option "Format the key in FAT32(this will erased your data !!)" sahaja.
  12.  
  13. Pada Step 5: Create, sila click simbol kilat tersebut, dan tunggu sehingga ianya selesai mengekstrak semua data yang di perlukan ke dalam usb thumbdrive kita tadi.
  14.   
    Selepas selesai semua proses tadi kita bolehlah bergembira dengan LiveUSB yang telah kita create tadi.. (woohoo..?)

    Cara-cara guna LiveUSB
    1. restart laptop/pc korang dan pastikan LiveUSB tadi masih dalam keadaan terpasang.
    2. ubah turutan boot pada bios korang, pastikan usb tu pada turutan pertama.
    3. tunggu sehingga laptop/pc korang boot kepada LiveUSB tersebut....
    4. ..tunggu
    5. ..tunggu lagi..sebab keluar tu perkataan-perkataan (mungkin..) bergantung pada linux yang korang pasang, ada yang agak laju, ada yang agak lambat..
    6. selalunya akan keluar beberapa pilihan seperti try, install, dan beberapa pilihan lain , pilih try dahulu.. korang boleh bermain-main dahulu dengan OS tersebut sebelum mungkin memasangnya ke dalam laptop/pc.
      Sekiranya korang cuma try sahaja, sesi tersebut tidak akan di save, jadi sekiranya korang customize setting, ianya akan hilang pada sesi boot seterusnya.
    Sekian, kalau ada sebarang pertanyaan boleh la tanya dibahagian komen ataupun pada halaman rasmi blog nie di facebook :D