Hamzah Jamad

Blogger. Programmer. Technologist.

Cerita Aku, Operating System dan Linux Ubuntu

       Assalamualaikum dan pa kabar suma orang?.. huhu.. sekali lagi aku meninggalkan dunia blogging dalam masa yang agak lama.. huhu.. post kali ni mungkin sekadar untuk membersihkan sesawang dalam blog dan sekaligus berkongsi pengalaman and pengetahuan aku yang sedikit mengenai komputer.



      Entri kali ni aku mo kongsi pasal 'operating system' yang baru aku cuba kat laptop ni, Linux Ubuntu, emm.. mungkin dah ramai yang tau mengenai benda-benda macam ni kan? tapi, aku mo kongsi lagi la pasal benda ni. Jadi di sini, aku mo mulakan entri aku dengan satu soalan, "Apa itu Operating System..?"

      Tahukah anda, apa itu Operating System? Lebih mudah disebut sebagai OS, ia membawa maksud Sistem Pengoperasian. Windows XP adalah sejenis OS, begitu juga dengan Windows Vista dan Windows 7, kesemuanya datang dari keluarga Windows NT. Selain daripada Microsoft Windows yang anda kenali, terdapat juga OS lain seperti Unix yang selalu dijalankan di server; Mac OS X yang dijalankan pada komputer Apple; serta Linux seperti Ubuntu, Fedora, dan Knoppix.

      Dalam sebuah komputer, OS berfungsi sebagai perantara di antara software dan hardware. Ia juga bertanggungjawab dalam mengagihkan sumber komputer – seperti memori dan CPU – kepada setiap aplikasi yang dijalankan.

      Katakanlah anda sedang menaip surat menggunakan Microsoft Word. Apabila anda ingin mencetak dokumen tersebut, OS akan bertanggungjawab untuk menyampaikan arahan dari Microsoft Word (software) kepada printer (hardware). Interaksi lazim antara software dan hardware ini diuruskan oleh OS supaya aplikasi tersebut tidak perlu menguruskannya sendiri, sekaligus memudahkan programmer membuat aplikasi.

sumber: http://sembangkomputer.com/istilah-os-operating-system/


Harap penerangan tu cukup jelas untuk korang yang mungkin baru mo berjinak-jinak dengan dunia komputer ni.



       Kebanyakan orang menggunakan Windows 7 sebagai OS mereka, mungkin ada juga yang masih menggunakan Window XP, tetapi entah kenapa kebelakangan ni aku tiba-tiba tertarik dengan OS linux. Seharian googling mengenai linux, (mungkin itu la jugak sebabnya aku tertarik-sebab banyak sangat da perkataan linux tu terperap dalam otak) apa yang aku dapat fahami ialah, seperti windows, linux jugak mempunyai beberapa versi, tetapi dalam konteks linux, ianya di panggil sebagai linux distro, kependekan dari linux distribution.  Antara linux distro yang terkenal ialah Ubuntu, Fedora, dan Mint, ada banyak lagi sebenarnya, so korang boleh cuba google linux distro yang lain.

Interface Windows 7


      So, untuk permulaan aku sudah try Ubuntu 11.10, and pada pendapat aku, memang cool la.. hoho.. nice gila.. Seperti mana-mana linux distro yang lain, OS ini ialah percuma, korang boleh download di site dorang, http://www.ubuntu.com/ . Perbezaannya? Banyak, memang banyak, dari segi interface, bootscreen seluruh sistem la memang berbeza dengan Windows. Namun, oleh sebab perbezaan ini, beberapa jenis file dari windows tidak dapat di buka oleh ubuntu, tapi untuk mengatasi masalah ini, ada beberapa 'hack' yang boleh di buat. Ya, linux ialah OS untuk 'hacker'..



     Pada mulanya, aku rasa berat hati mo install os ni dekat laptop aku, sebab banyak software yang aku suka di install dekat windows ni ( and aku malas mo cari hack untuk install di ubuntu) contohnya photoshop, after effect dan sebagainya. Tapi, oleh sebab hati ni sudah tidak tahan, and mahu sangat perubahan sebab dah boring, so aku pun download OS tu dalam masa satu malam.

    Selesai jak download tu, aku pun cuba try testing dalam laptop aku, first buat partition baru sebanyak 20GB, sebab aku mo wat laptop aku dual-boot, maksudnya ada dua OS (tapi di guna secara bergilir, pilihan akan di bagi pada mula2 kasi hidup laptop tu, samada mau guna windows atau ubuntu). Jadi setelah siap setting segala, aku pun siap installing OS kedua aku ni.

    Linux Ubuntu menggunakan Unity sebagai interface dia, yang mana aku rasa sebagai suatu pengalaman yang berbeza berbanding Windows 7. Bagi aku, designnya, memang cantik and lebih interaktif. Di bawah ni aku bagi screenshot Unity. (Pic ni bukan dari laptop aku, tidak sempat mo printscreen tadi atas beberapa sebab.)


     Gambar dia atas ni menunjukkan unity mempunyai 4 'workspace', alaaa macam yang dekat henpon touchscreen korang tu, yang boleh di scroll tukar page lain tu, cuma bezanya di sini unity tidak guna tu scroll-scroll, tapi korang klik button workspace - trus suma window mengecik, so korang boleh pilih-pilih.. hoho.

     Tapi, walaupun Unity designnya cantik and cool, tapi ada satu lagi interface ubuntu yang boleh tahan ( tapi ubuntu tidak pre-install skali, kena install sendiri) yang di panggil Gnome Shell. Interface Gnome Shell ni digunakan pada versi ubuntu sebelum-sebelum ni, tapi untuk versi ubuntu yang entah keberapa, interface ni tidak lagi di guna, dan mula ditukarkan kepada interface unity (cuba google pasal ni, aku malas.. haha). Dekat bawah ni, aku letak interface Gnome, yang ni di snap dari desktop aku sendiri. hoho..  yang mana Gnome adalah jauh berbeza dengan Unity.


time ni aku tengah download Skype dengan menggunakan aplikasi Terminal, rasa macam hacker x? lol

berbeza dengan unity, interface gnome meletakkan workspace di bahagian sebelah barisan kanan

ini adalah beberapa aplikasi yang aku install dan pre-install dalam ubuntu, yep macam hp android pun ada owh.. aha

    Kesimpulannya, semakin lama aku ubahsuai desktop ubuntu ni, semakin aku suka pulak.. huhu, tapi oleh sebab aku da setkan ubuntu sebagai secondary OS and size partitionnya pun aku suda limitkan sehingga 20GB  jak, jadi, dengan ruang yang terhad begitu, kemungkinan besar banyak modifikasi aku tidak akan dapat buat, tapi ndak pa laa.. huhu, InsyaAllah, kalau ada duit nanti aku mo beli PC, size hard disk lebih so, lebih banyak yang aku boleh modify .. hoho..

Oleh sebab aku jarang mo update entri, mungkin visitor dekat blog ni semakin berkurang, tapi untuk terus mendapat info sekiranya aku update blog aku, korang boleh like page blog ni di facebook, https://www.facebook.com/hazzdeathblogspotcom