Hamzah Jamad

Blogger. Programmer. Technologist.

SIFAT WANITA MELALUI UNSUR


         Assalamualaikum dan pa kabar suma orang? Harap korang suma sihat jak k? Hoho.. Sory la, sejak akhir-akhir nie nampaknya  x dapat online macam sebelum ni, huhu.. sebab di rumah dah x da line internet, ni online pun dekat luar sudah.. Tapi, xpa la, tu suma xkan buatkan aku berputus asa sebagai seorang blogger, hehe.. by the way, sekarang ni, aku tengah sibuk ulangkaji + belajar benda-benda seperti kod template blog, Adobe Photoshop dan lain-lain lagi. So, bila aku da pro nanti, aku akan focus dengan design kan  template blog (kalau korang sudi, korang boleh bagi donation.. hoho), doakan jak la aku cepat-cepat pro ok?  Hewhew..



    Err.. baru-baru ni, aku selak majalah-majalah lama dekat atas meja aku tu, then terjumpa majalah e-ring, terjumpa la satu artikel ni, so aku rasa daripada aku tulis entri kosong jak, bagus aku kongsi hasil pembacaan aku tue, ya x? hehe..

                                                                             



SIFAT WANITA MELALUI UNSUR?
     Mungkin ada beberapa di antara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang di pengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti  tanah, api, air, dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu dahulu kala yang ingin memilih pasangan. Penentu seseorang ditentukan oleh zodiac, jadi entri kali ini  akan mendedahkan sedikit maklumat  ini untuk anda!



Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiac Taurus(21 April – 20 Mei) , Virgo (24 Ogos - 23 September), dan Capricorn ( 22 Disember  - 20 Januari )

Mereka ini lahir di bawah lambang  Gemini ( 22 Mei – 21 Jun), Libra ( 24 September – 23 Oktober ), dan Aquarius (21 Januari – 19 Januari)

Wanita api dilahirkan di bawah lambing Aries ( 21 Mac – 20 April ), Leo ( 24 Julai – 23 Ogos ) dan Sagittarius (23 November – 21 Disember).

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiac Cancer (22 Jun – 23 Julai), Scorpio (24 Oktober – 22 November ) dan Pisces ( 20 Februari – 20 Mac ).




Wanita Berunsur Tanah

Tanah yang subur mampu membuatkan tanaman yang hijau dan mekar. Wanita bersifat tanah biasanya memiliki sifat-sifat seperti:
  • Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
  • Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
  • Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan!
  • Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semula jadi yang pendiam dan tenang.
  • Sifat marah yang terkawal serta sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
  • Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah kekasih yang setia dan berwibawa.





Wanita Berunsur Api

Api pula sifatnya panas dan membakar tetapi mampu menerangi dalam kegelapan malam . Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita berunsur api pula:
  • Dilahirkan sebagai pemimpin.
  • Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun kadangkala bernas.
  • Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantic dan tidak pemalu
  • Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya
  • Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi berasa sedih kadang-kadang terluka.
  • Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.
  • Wanita api seharusnya diberikan ruang yang cukup luas untuk memjadikan perhubungan itu terus berkesan.
  • Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan





berunsur Angin

Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsur angin bersifat:
  • Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan
  • Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh di capai.
  • Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling berkerjasama serta bersungguh-sungguh.
  • Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik
  • Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi
  • Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka
  • Dikenali dan diingati kerana sifatnya yang romantic dan manja





Wanita berunsur Air

Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri berikut:
  • Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju
  • Mereka ini di pandu oleh perasaan dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginative, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan sentiasa berhati-hati
  • Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
  • Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri
  • Sentiasa bertanggungjawab dan berusaha dalam melaksanakan tugasan yang diberi


Credit to E-Ring edisi #74 Jun 2011, dalam ruangan Psiko m/s i15