Hamzah Jamad

Blogger. Programmer. Technologist.

Aku Kehairanan..?

          Hari ini, aku membuka komputer dan online kat fesbuk seperti biasa. Aku meneliti noficationku, "hmmmmm....xda pa-pa yang bisa menggamit rasa terujaku untuk menyampuk cerita-cerita mereka...bosan",dengan penuh skemanya aku menyatakan dalam hati."Ok, buat entri la...." aku duduk diam seketika.kemudiannya aku duduk lagi.Duduk lagi dan lagi. Hampir 15 minit termenung, sah aku memang xda satu idea pun mw taip apa,hahaha... aku tertawa bagai orang gila.Aku kemudian pergi memesan soto ayam, bagi mengisi perutku yang sedang lapar ketika ini( langsung xrelevan dengan jalan cerita nih..).


          Selesai sahaja menelan nasi ayam yang ku pesan tadi... err... what??...emm.. aku kemudiannya,
membuka google, dan cuba memahami suatu topik mengenai Link Building, ianya berkenaan connection yang wujud antara satu website dengan website yang lain(ni ikut pemahamanku la..) .Lalu, aku terfikir, aku selalu linkkan apa-apa websites yang aku jumpa dekat entri aku, mungkinkah ada orang yang wat benda yang sama untuk blog aku pulak nih?..hmm

          Aku segera, menaipkan 'hazzdeath.blogspot.com' di  ruangan google, tapi aku terfikir juga, "mungkin apa yang aku jumpa  tidak lain melainkan aku punya entri-entri lalu jak..ataupun mungkin juga hasil yang aku jumpa ialah nama aku yang muncul ketika memberi komen dekat blog orang lain.", aku cuba berkata dalam hati dengan penuh sopan.

          Eh?.whAt? (secara tidak sengaja aku tercaps lock untuk huruf 'a'). ada satu, aku jumpa satu blog yang bukan aku punya, dan aku pun tidak pasti samaada aku kenal atau tidak orang nie..
aku berfikir.... hernurul.blogspot.com?..sah, ak xkenal orang nih... aku lantas membuka salah satu link yang berdaftar atas namanya dan mempunyai maklumat mengenai blog aku dalam penulisannya..
then....
huh?? Apa nih??... xdpat masuk?? asal xbleh masuk nih??... url nya terang-terang dy tengah cerita pasal blog aku... coz url nya dalam bentuk gini..
http://hernurul.blogspot.com/2010/06/hazzdeathblogspotcom.html
nampak?..tajuk entri dia ialah nama blog aku, and entri tuh di buat pada bulan lepas, so, aku pun segera mencari maklumat mengenai penulis blog ini, dan klu yang aku dapat ialah berdasarkan nama blog dia iaitu hernurul....hahahaha  =_="

   Namun sehingga kini aku masih tertanya-tanya apakah yang terlindung di sebalik entri itu.. Aku harap sepa-sepa yang tengah membaca entri ini dan mengenali penulis blog tersebut tolong sampaikan salam ku, dan tolong bagi tau dia untuk kasi publik blog dia tuh..haha... jadi senang jugak orang mau baca blog dia.. =_="

hernurul  dan hercules bukanlah adik-beradik kembar walaupun mempunyai nama yang hampir serupa..