Hamzah Jamad

Blogger. Programmer. Technologist.

Kenali Hoax!



             Untuk entri kali nie, mari kita mengenali suatu istilah yang jarang kita gunakan namun kerap kali muncul di sekeliling kita. Hoax ialah suatu istilah yang di gunapakai untuk mentakrifkan suatu informasi yang bersifat tidak benar dan langsung tidak ada bukti yang kukuh. Kerapkali informasi sebegini timbul adalah untuk menakut-nakutkan orang awam dan terpengaruh dengan maklumat palsu yang di sampaikan. Hoax selalunya di sebarkan melalui email, laman-laman sosial seperti Facebook dan sebagainya, bahkan melalui sms.


            Untuk memahami dengan lebih jelas lagi mengenai hoax, mari kita cuba buat hoax kita sendiri.



 Langkah-langkah menghasilkan hoax yang berkesan
                      
  1. Pilih subjek yang unik



      tidak semestinya berkaitan dengan komputer, ataupun ict, boleh juga berkaitan dengan kesihatan, kemanusiaan, kebajikan dan sebagainya, asalkan ianya masih di rasakan sebagai unik
          
                  
          • Cari 'permasalahan'



              cari satu masalah yang boleh membuatkan orang ramai berkerut dahi selepas membaca hoax tersebut. Sebagai contoh:
              Penggunaan optical mouse boleh menyebabkan cancer
          • gunakan istilah-istilah yang sudah di ketahui umum dan mudah untuk orang awam fahami dan jangan lupa letakkan data-data berbentuk nombor bagi memberikan kesan yang lebih dramatik



                   Penggunaan optical mouse ternyata memberikan kesan yang sangat berbahaya. Tiga tahun selepas pelancaran pertama optical mouse oleh Microsoft, kini terdapat beribu kes yang berkaitan kanser di bahagian tangan -di mana, kanser ini merupakan jarang sekali kita lihat, namun bilangan pesakit yang menghidapinya kian meningkat; hal ini dikaitkan dengan sinaran radiasi yang di pancarkan oleh mouse. Optical mouse bekerja dengan memancarkan gelombang elektromagnet ke pemukaan bahagian bawahnya. Frekuensi gelombangnya adalah jauh lebih tinggi daripada handphone.

                  Telah diketahui umum bahawa tapak tangan dan kaki merupakan hujung saraf bagi tubuh manusia. Oleh itu, radiasi yang terpancar dan terkena tapak tangan memberikan kesan yang amat teruk kepada tubuh manusia, kerana menurut perbadanan WHO radiasi yang di pancarkan oleh sebuah mouse, adalah sama dengan frekuensi gelombang magnetik 5 buah handphone. Namun situasi lebih berbahaya, kerana mouse akan lebih lama di pegang oleh pngguna yang kerap menggunakan komputer.

                 Kesan sampingan optikal lebih dirasai pada produk-produk yang lebih murah dan mempunyai kualiti rendah. Hal ini berikutan, mouse yang berkualiti tinggi mempunyai shield bagi mengurangkan risiko terhadap pengguna.
          •        
          • seterusnya letakkan beberapa nama syarikat yang terkenal bagi menmpakkan kesan terhadap hoax anda



                 Greenpeace, WHO, dan CNN telah memberhentikan penggunaan optical mouse bagi setiap sektor dalam syarikat mereka, manakala syarikat pengeluar perkakasan komputer terbesar iaitu Microsoft dan IBM telah menyumbangkan dana bagi menghasilkan perkakasan yang lebih selamat.

                 Industri-industri hardware di China cuba berusaha menutupi hal ini. Sememangnya jika kita lihat barangan buatan negara tersebut yang beredar di pasaran pada masa ini, tidak lain hanyalah sekadar sisa produk industri besar yang sudah pun menghentikan penjualannya.
          •        
          • berikan penyelesaian yang sangat sesuai dengan situasi


               Oleh itu, cuba membiasakan diri untuk menggunakan mouse pada waktu-waktu tertentu sahaja. Berlatihlah menggunakan hotkey (ctrl+c, ctrl+v untuk copy dan paste ). Kembali menggunakan mouse model lama (jenis bebola)
          •   
          • tambahkan lagi ayat yang memberikan kesan mendalam
              Sebagai peringatan, seorang daripada teman saya telah didapati positif untuk kes ini. Oleh itu, berilah peringatan ini kepada orang-orang yang anda sayangi.                                                                                 
          • berikan efek forward



              agar menampakkan hoax (dalam sesuatu email) ini lebih eksklusif, letakkan efek fwd daripada majlis kesihatan, atau mana-mana perbadanan yang dikenali umum
            Fwd:[Majlis kesihatan]Mouse Optical dapat menyebabkan kanser (PENTING!!!)

          • Kesimpulan         
              Jadi, senang bukan?.. Di sini kita dapat simpulkan bahawa, dengan sedikit pengetahuan kita sudah mampu mencipta hoax yang agak berbahaya pada sesetengah pihak.. Mempelajari hal ini juga membolehkan kita memahami bagaiman untuk mengenal pasti ataupun membezakan sesuatu maklumat samaada maklumat tersebut merupakan hoax atau bukan.
            Bagaimana untuk menegnalpasti sesuatu maklumat itu ialah hoax  atau bukan?
            1. gunakan logik akal dalam meneliti sesuatu maklumat itu
            2. bertanya pada rakan yang lebih arif akan hal itu
            3. cuba mencari beberapa info mengenai maklumat tersebut melalui internet untuk menjamin kesahihannya.
            Akhir kata, cuma orang gila akan membuat hoax, dan cuma si bodoh sahaja yang akan memforwardnya. Berhati-hati dalam menerima sesuatu maklumat.      Pautan luar
            hoax bukanlah sejenis gula-gula sepertimana hacks yang rasanya pedas-pedas di mulut