Hamzah Jamad

Blogger. Programmer. Technologist.

kehairananku terpadam....?

kedai kopi yang sangat mewah?
         Kejadian nih berlaku pada petang semalam, ketika aku tengah minum di kedai kopi, berikutan dengan insiden semalam rujuk disini untuk info, aku cuba menanyakan pada pak cik-pak cik yang turut memunculkan diri pada petang tersebut. Aku cuba mengorek maklumat sebanyak mungkin mengenai pemilik sebenar blog hernurul.blogspot.com di samping mendengar-dengar cerita dan info mengenai harga pasaran tokkek yang kian popular  (errr...kenapa? salah ka?).

         Aku melilau-lilau, namun aku hampa.. ini antara perbuatan paling merapu aku pernah buat, serius.... "hmmm...aku yakin aku tidak akan menjumpai sebarang petunjuk pun di sini", dengan nada seperti seorang penyiasat aku bermadah seorang diri, aku kemudiaannya kembali ke tempat yang aku selalu lepak untuk online. Aku segera memerah otak bagi mencari jalan untuk cuba menerobos blog itu.

       Aku terdiam, nyatalah aku masih tidak mempunyai sebarang idea untuk menjejaki penulis blog yang aku uar-uarkan sebelum. Hal ini kerana, sekiranya aku bisa menghubungi penulis blog itu melalui apa jua cara sekalipun , aku akan dapat meminta kebenarannya untuk melihat-lihat blog nya. Cuma satu masalah sahaja, aku langsung tiadak tahu-menahu nama yang seringkali di gunakann dalam dunia maya ini, selain daripada nama hernurul.


     Aku cuba semula, dan meneliti di ruangan result google tu kembali dan..................................

Yeah! bull's eye! kenapa la aku xperasan pasal benda simple begini, "cached", aku boleh klik itu untuk tengok blog dia, walaupun aku tidak berapa pasti. Cached, sebenarnya lebih kurang macam memory yang tersimpan tentang sesuatu websites, fungsinya supaya websites tersebut lebih cepat untuk di load. Ya, aku berjaya, aku dapat menerobos masuk blog itu melalui cached, cuma perlu cari siapa nama pemilik blog itu dan apakah nickname dia dalam dunia blogging.


     Ooooh... aku berjaya, aku dapat mengenalpasti penulis itu, siap dengan emailnya lagi, so aku wat keputusan untuk cuba mencarinya dalam ruangan facebook pulak melalui e-mail yang aku jumpai....

adakah aku akan menjumpainya?..
 nantikan...

sudahlah, macam cerita tb plak aku wat berepisod-episod... adedeh...( +_+") ... ya, aku berjaya dan kini aku telah pun berjaya membuka blog tersebut. Apa yang ada dalam blog tuh? n apa yang dia tulis mengenai blog aku?... hahaha... sory, cuba cari sendiri la... tuh jak sekian...(perasan, macam la ada  orang yang mau ambil peduli..).

TAMMAT

pautan luar