Hamzah Jamad

Blogger. Programmer. Technologist.

Periksa kesihatan bateri laptop korang



A little backstory


Ceritanya begini, beberapa minggu lepas selepas sekian lama berbakti, laptop yang aku guna selama ni rosak. Segala kerja design, lukis melukis dan coding semua aku buat di laptop tu. Walaupun ianya agak lagging but at least it serve its purpose. But well, everything has its own lifespan, even it is a gadget. So berbekalkan duit yang tidak seberapa dan kebetulan nampak iklan kawan dari whatsapp yang mau jual his old laptop, so mau tak mau memang terpaksa angkat la jugak. With a spec of 8GB RAM  DDR3, Core i5, 500GB HDD dan ATI AMD Radeon HD 6730M GPU for RM800, so i just grab the chance and buy it..

Tapi rupa-rupanya it has heating problem dan battery yang cuma tahan lebih kurang 10 minit. "Bah, ndak pa, aku boleh kasi bersih sendiri tu nanti, mungkin sebab habuk seja ni", aku bermonolog sendiri. Manakala bateri pula, aku akan terpaksa beli baru, sebab kawasan kejiranan tempat aku tinggal selalu blackout, dan itu agak menyakitkan hati. haha . Oleh itu untuk post kali ini aku akan menulis mengenai bateri laptop iaitu cara untuk periksa "kesihatan" laptop korang.


Periksa kesihatan bateri laptop


Untuk artikel ni aku akan gunakan Windows 7 sebagai contoh, tapi rasanya ini juga boleh digunakan untuk versi Windows yang lain, kecuali windows di kanan korang sebab yang tu untuk lihat keadaan diluar. So proceed with the tutorial, cara untuk periksa bateri korang ialah:
  1. tekan start button
  2. cuba taip cmd di ruangan search
  3. buka aplikasi cmd sebagai Administrator



  4. taip command ni cd %userprofile%/Desktop dan ketik enter
  5. command tersebut akan menukar posisi korang ke Desktop (tadi korang berada di )
  6. kemudian taip command ni powercfg -energy dan ketik enter



  7. command tersebut akan jalankan diagnosis terhadap sistem korang dan mengeluarkan result ke dalam fail html
  8. buka fail tersebut dan lihat pada baris Battery Information  (tekan ctrl+f untuk cari secara pantas)



  9. baris Design Capacity menunjukkan kapasiti bateri korang yang asal, manakala baris Last Full Charge pula menunjukkan berapa kapasiti yang mampu dicas
  10. kira berapa peratus bateri laptop korang tu ( [ Last Full Charge / Design Capacity ] x 100 ), selalunya yang baru akan menunjukkan lebih kurang 99.89%

Meh abe tolong kire

Design Full Capacity
Last Full Charge

Battery Health : 0%


Ya angka tersebut cuma menunjukkan mengenai kapasiti bateri dan akhirnya korang sendiri yang terpaksa buat kira-kira tentang berapa lama lagi bateri korang boleh bertahan. But at least we have something, because something always better than nothing. So, thanks for reading and have a great day.

Yup, i manage to buy a new battery with 9 cell (dan punyalah besar dan berat), but it just stand for around 2 and half hour. Di bawah ni beza bateri lama dan baru.