Hamzah Jamad

Blogger. Programmer. Technologist.

5 Langkah mudah untuk hack facebook, blogger n twitter

         
         
         
         
SILA JANGAN BACA! bimbingan ibu bapa atau orang dewasa bagi kanak-kanak yang berumur 13 tahun ke bawah.

          Penggodam (hacker) dalam konteks keselamatan komputer merujuk kepada penggodam komputer yang terlibat dalam keselamatan komputer dan berupaya mengeksploit sistem atau masuk tanpa kebenaran melalui kemahiran, taktik dan pengetahuan terperinci.


          Dalam penggunaan biasa, "penggodam" merujuk kepada penggodam topi hitam (penggodam berniat jahat atau jenayah). Terdapat juga penggodam beretika (biasanya digelar topi putih) dan penggodam yang samar-samar kedudukannya (topi kelabu).

          Hacking bukanlah suatu fenomena yang baru wujud, budaya ini telah muncul seiring dengan kemajuan teknologi maklumat.  Lebih-lebih lagi apabila wujudnya jaringan laman sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya. Di sini aku akan cuba kongsi cara aku pula bagi menggodam laman- laman tersebut.

Sekali lagi, diingatkan jika anda tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, ketekunan yang jitu, dan ketabahan yang utuh, sila klik tanda pangkah di atas nie ok?


    5 Langkah mudah untuk hack Facebook, Blogger dan Twitter
  1. Sediakan milo dan biskut
  2. Eh? Napa? jangan makan, tunggu berbuka dulu baru la boleh makan.. haiya..
  3. kemudian, buka laptop tue.. buka google.. and muhasabah diri dulu..
  4. Sebelum tue, aku mo bagi tau dulu, ko suka ka kalau hidup ko di ceroboh oleh orang lain? Ko hepi la kunun?.. huh? huh? huh? na kan da kna marah.. haha 
  5. last sekali, ko pikir-pikir la sendiri ya benda nie patut ko wat ka atau x, ok?

    walaupun benda tue kita wat dengan niat baik sekalipun tapi cara da salah, benda tue tetap akan di kira salah jugak..


Semoga korang dapat mempelajari sesuatu daripada tutorial aku nie.. ^_^v gunakannya dengan sebaiknya k?.. Majulah sukan untuk negara!


p/s: nanti aku mo hack belog si gary la.. haha







nota kaki
Sory, untuk rujukan yang lebih ilmiah korang boleh cari di google k?.. byk tue..